Sunday 15 November 2015

Word : can make a different

Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Wawa masih lagi diusia yang muda, dalam awal dua puluhan, wawa tak banyak kenali dunia dan realiti lagi sebab masih bawah tangungan abah dan mama.

Tapi bila wawa baca quote quote yang macam nie, wawa rasa wawa kena berfikiran terbuka. Wawa pasti quote quote nie adalah kata hati dan pengalaman sesorang yang telah diluahkan melalui kata kata.  Jangan kita judge sesorang kalau kita tak pernah berada ditempat orang tu. Deepkan..hehehe

So reader semua, jom kte bersama berfikiran terbuka dan positif dan yang paling penting enjoy kehidupan kerana kehidupan ini milik kita! Ikut kata hati tetapi pastikan kita berada dilandasan yang betul! Enjoy enjoy juga...sembahyang jangan lupa !! 


Feel free to share the quote



          

    

   






Friday 13 November 2015

Akai Ito - tali merah pengikat takdir



Assalamualaikum๐Ÿ˜Š,




Wawa nak tulis pasal satu kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina. Ini hanyalah sekadar perkongsian, sekadar untuk pengetahuan kita tentang masyarakat lain.

Wawa dari kecil memang minat tengok drama jepun sebab wawa rasa drama jepun nie selalu ada moral dalam cerita dia. Peminat J-pop tentu tahu mengenai Akai Ito ! Wawa memang berminat pasal kebudayaan masyarakat Asia, jadi wawa pun search pasal Akai Ito nie kerana kedengaran agak menarik dan deep..hehe

Drama jepun mengenai akai ito ( boleh try tengok kalau berminat)


Akai Ito dalam english bermaksud red string of fate. So, kalo translate maksud dia tali merah penentu takdir. Kiranya penentu jodoh laa.. Macam umat Islam, kita pun percaya yang jodoh kte sudah ditakdirkan oleh tuhan. Bagi bangsa Jepun dan Cina, mereka percaya bahawa ada tali merah yang berhubung antara pasangan.

Sebenarnya Akai Ito nie adalah lagenda dari Cina, mereka percaya yang ada tali merah yang tidak kelihatan diikat di pergelangan kaki si lelaki dan perempuan. Terdapat sebuah cerita dongeng yang terkenal mengenai akai ito ini. Seorang dewa jodoh telah turun ke bumi dan ternampak seorang budak lelaki. Dewa memberitahu budak itu bahawa gadis didepannya itu adalah takdir jodohnya. Budak itu marah kerana ridak menyukai gadis itu, lalu mencampak batu ke arah gadis itu dan berlari pulang. 20 tahun kemudian, lelaki itu berkahwin secara arrange marriage dan ketika bertemu isterinya buat pertama kali , si lelaki perasan yang isterinya memakai penutup mata dan bertanya isterinya . Si isteri menjawab, bahawa ketika dia masih kecil, ada budak lelaki membaling batu kearahnya dan menyebabkan parut di keningnya. Kemudian baru lah lelaki kemudian teringat peristiwa 20 tahun yang lalu, dan sedar bahawa budak perempuan dahulu adalah isterinya kini.๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ



Bagi versi Jepun  pula, tali merah yang tidak kelihatan terikat di jari kelingking si teruna dan si dara. Tali itu tidak akan putus walaupun tersimpul ketat.






Macam orang melayu kita juga... Kalau pasangan kita bukan jodoh kita, maka pasti ada endingnya. kalau dah jodoh tak kemana!

Romantik kan? Tapi wawa nak bagitau sekali lagi yang ini adalah mitos dan kepercayaan masyarakat jepun dan cina. Bacaan ini adalah untuk pengetahuan sahaja. 


Walaupun anda tengah single sekarang, wawa percaya semua orang tetap ada jodohnya, cuma lambat atau cepat sahaja. Berdoa kepada Allah diminta cepatkan jodohnya dan wawa juga berdoa kepada anda yang menanti jodoh agar dipermudahkan dan dipercepatkan jodohnya. AMIN!




Travel : tips & idea untuk mengemas bag ✈️

Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Yea! Anda nak pergi bercuti? Nak naik flight? Bestnya!! Tapi satu je masalah, banyak sangat benda nak bawa, tak muat beg la... 
"Nak pergi jalan seminggu, baju kena bawa atleast 10 helai, kasut lagi , make up lagi, alamak, banyaknya....dah la aku tak ambik check in bag, semua hand carry. Tooooolooong!!"

      

Jangan risau, wawa pun biasa ada problem nie. Kadang kadang nak balik kampung pun susah wawa nak pack beg, semua nak bawa. Boleh je bawa semua nie, tapi kena follow tips tips nie.

Tips pengemasan beg

Tips 1 : fikirkan baju yang ingin anda pakai sepanjang percutian.

Sebelum pergi cuti, anda kena fikirkan dulu gaya pakaian anda mengikut Aktiviti percutian. 
" aku nanti pergi bali, hari pertama aku nak pergi pantai, nak pakai baju swimming dengan topi dan pakai selipar la.. Hari kedua pulak, pergi sight seeing, nak kena banyak jalan nie, kena pakai kasut sukan dan baju lawa sikit la sebab mesti banyak ambik gambar" . 
Ini yang anda perlu fikirkan sebelum percutian. Dapatkan idea dan cuba meminimunkan pengunaan pakaian.

Tips 2 : gulung baju anda, jangan lipat !

Baju renyuk, ada tanda lipatan menjadi satu isu yang saya gerenti anda semua pernah alami. Jadi saya sarankan anda gulung  baju itu. Bukan saja gulung baju nie untuk menghindarkan  kedut, tetapi ia juga satu tips untuk menjimatkan ruang dalam beg!       

                      


Tips 3 : kasut, masalah utama pemakan ruang !

"Nak bawak kasut mana eh? Kasut nie selesa tapi tak sesuai dengan baju, kasut ni pula cantik, tapi sakit la bila pakai, bawa dua dua la" Kasut nie pelengkap aksesori, dan bagi wawa kasut ni adalah aset terpenting ketika bercuti, kalau pakai kasut tak selesa, kaki sakit sebab asyik berjalan, holiday jadi tak best.
Apa yang wawa saran kan, bawa kasut sukan, sandal santai dan satu kasut formal ( depend pada lokasi percutian). Pastikan kasut ni semua mempunyai warna yang sesuai digandingan dengan banyak baju, paling senang warna hitam, semua pun boleh ngam.  Kasut sukan untuk hari yang diperlukan untuk anda banyak berjalan, sandal untuk and bersantai terutama elok dipakai di waktu malam ketika bersiar siar berdekatan hotel dan kasut formal bagi event formal ataupun mungkin boleh dipakai jika anda hendak bershopping di mall.
"Ee, nak letak kasut dalam bag...kotor laaa" haaa... Wawa ada solution senang, selalunya ramai guna beg plastik je, tapi wawa guna shower cap sebab shower cap dia boleh kurangkan pengunaan ruang . Jadi, lain kali kalo pergi hotel, simpan shower cap dia, ada guna untuk next trip ๐Ÿ˜‰

                            

Gulungkan stoking kedalam kasut !

                          
      

Tips 4 : aksesori 

Bagi wanita, aksesori nie penting untuk pelengkap gaya. Kalau pergi ke tempat panas, sunglass atau rayban ni penting, tapi anda di digalakkan membawa hanya satu atau dua sahaja, pilih la yang sesuai dengan pakaian anda. Bagi wanita yang gemarkan rantai, subang atau cincin, boleh diletak dalam tablet simpanan ubat ataupun bagi rantai yang besar, boleh diletakkan dalam stoking dan gulungkan ke dalam kasut.



Tips 5 : bahan cecair

Macam wawa, wawa tak gemar mengunakan shampoo hotel, wawa gemar membawa sendiri dan selalunya wawa bila nak bercuti selalu beli shampoo dalam size botol kecil dan kalau travel dalam malaysia, wawa gemar membeli di tempat percutian sahaja, lagi berbaloi kalau dapat di kongsi bersama rakan, beli disana habis guna pun disana, kan senang!
Kalau barang make up wawa macam foundation, sun block , lotion, wawa ada taktik wawa sendiri.
Kalau foundation atau bb cream, kadang kadang tu botol dia kaca dan berat pula, wawa ambik bekas letak contact lens tu dan isi sikit dalm tu. 



Kalau lotion atau sunblock,selalu botol dia kan besar, susah nak bawa, wawa ambik straw dan isi straw dengan quantiti sekali guna dan wawa ambik pita prlakat dan tampal disetiap hujung. Sekali guna terus boleh buang dan save ruang!


Tips 6:  Charger dan Earphone

Wawa selalu geram kalau dua dua benda nie asyik berbelit je. Apa wawa buat, wawa sekali kan semua wayar nie dan gulung elok elok dan letak dalam kotak sunglass. Sesuai untuk diletak dalam handbag. Nak cari untuk digunakan pun senang.

      
   




Tips yang Wawa rekemen berdasarkan pengalaman !

1. Ambil gambar passport dan visa dan letakkan dalam phone, mana la tahu ada nasib malang, atleast ada back up !
2. Kalau nak naik flight yang memakan masa lebih dari 6 jam, wawa sarankan pergi berjogging sehari sebelum untuk prevent jet leg.
3. Bahagikan duit and dan jangan letakkan disatu tempat sahaja, dan makesure tulis tempatnya didalam phone, nanti lupa pulak kan..
4. Wawa sarankan, beli baju hujan pakai buang ( wawa beli di 7-eleven), sebab senang nak jalan dari guna payung.

                  
     

5. Kalau keluar negara, make sure check atau google dulu adat resam dan pantang larang disana.

6. Wawa jenis suka bergambar, dan kalau wawa melancong, sebelum wawa kesana wawa akan google dahulu tempat yang wawa akan lawat dan tulis google (contoh : delhi taj mahal picture idea) search, nanti akan keluar banyak pose atau selfie menarik yang boleh kita tiru..hehe, boleh share dekat instagram dan dapat banyak like ๐Ÿ˜‚

      
    
7. Kalau ke oversea, kadang kadang plug dia lain bentuk dan kalau anda gunakan charger jenis usb, dan hotel tu mempunya tv flat screen, cari ditepi tv tu, sure ada penyambung usb.

      



Kalau anda ada idea yang menarik untuk dikongsikan, jom share !

Selamat bercuti dan yang paling penting selamat mengemas bag!! ๐Ÿ˜†

#gambar adalah dari google search





Mark my WORD

Kali nie wawa post quote atau kata hikmah yang wawa rasa menarik . Wawa nie tak ada la suka sangat quote tapi wawa sangat suka membaca. Kalau wawa ada jumpa line line best masa baca , akan wawa sharekan dekat sini. Feel free to share !

Kadang kadang hidup nie tak jadi yang macam kita plan. Apa apa pun life must go on.
Bak kata mat salleh, if lives give you lemon, make a lemonade. Maksud dia... Kan lemon tu masam, so kalau life bagi kita kemasaman hidup, gunakan pengalaman tu jadikan ikhtibar!


                                    









         
         




Secawan Teh Hijau

Assalammualaikum ๐Ÿ˜Š







Blog nie nak cerita sikit pasal Green Tea. Ada orang yang ketagih kopi or teh tarik, kalau tak pekena sekali sehari rasa cam tak puas macam ada benda je tak kena. Wawa ketagih teh hijau nie, sampai untuk minum sehari Wawa terus bancuh 1.5L letak dalam botol letak dalam peti ais.. Terasa nak minum je ambik je, lagipun senang nak buat, memang sugar free, letak uncang je and biar terendam. Kalau anda anda yang malas nie, tengok nie, senang je nak buat, lagi senang dari 3in1.




Teh Hijau atau Green Tea, wawa pasti anda semua tahu yang Teh Hijau ni Ada banyak kebaikan. Bila sebut saja Teh Hijau "owhh, nie bagus nie untuk bagi awek muda, banyak antioksida" ataupun "bagus nie nak hilangkan lemak". Memang dah terbukti banyak khasiat tapi kali nie wawa nak fokuskan pada kebaikan untuk gigi dan gusi. Dan wawa sebagai peminat green tea dan pengemar green tea teringin nak berkongsi pendapat dan pengalaman wawa sebagai pengemar green tea sejak tahun 2005  ๐Ÿ˜ƒ

Mula mula wawa nak bagitau sebahagian khasiat green tea yang famous tu
- anti oksida ( bagus untuk awet muda nie)
- mengekalkan berat badan
- nyah toksin
- merendahkan kolestrol
- antipenuaan
- merendahkan tekanan darah
- menguatkan rambut
- mengurangkan risiko kanser
- menguatkan tulang
- mengurangkan risiko kencing manis
- membantu kecerdasan otak



Khasiat green tea yang dibandingkan dengan blueberi, epal dan jus oren


 
Wawa sure benefit green tea untuk kesihatan keseluruhan dah ramai yang tau, wawa nak fokuskan dekat bahagian gigi. Bafi wawa, gigi ni penting, no gigi no enjoyment. Kalau tak ada gigi nak kunyah makanan pun susah, bila dah makanan tak boleh kunyah, kena main telan je kan, so susah nak enjoy makanan, rasa tak puas makan.

Jadi minum green tea nie bukan sahaja bantu meningkatkan kesihatan, tapi bantu untuk mencegah penyakit!

Mitos : " eh, kau minum la green tea setiap hari nanti gigi kau hijau macam hulk je"
Wawa review: ni semua mitos je, wawa dah 10 tahun minum green tea, hari hari minum tak hijau pun gigi 


Khasiat green tea pada gigi

1. Menguatkan enamel gigi
Enamel adalah lapisan luar gigi, sebarang hakisan atau bakteria yang menghakis enamel akan menyebabkan gigi berlubang atau kaviti. Enamel yang menipis atau terhakis memudahkan kemasukan bakteria dan juga punca utama sensitiviti.
Untuk menghalang dari kaviti dN sensitivity, enamel perlu lah kuat.

2. Menguatkan gusi

Kadangkala anda berus gigi dan selepas memberus anda terasa gusi anda bengkak. Salah satu sebab gusi bengkak adalah gusi yang sensitive. Green tea dapat menguatkan gusi dan mempunyai khasiat anti inflammatory iaitu anti radang.

3. Mengurangkan risiko gigi rosak
Gigi yang rosak, besar kemungkinan akan dicabut. Green tea menguatkan gigi dan menyihatkan gusi sekaligus melindungi gigi. Menurut kajian di Jepun, warga emas disana yang mengamalkan green tea sejak muda kebanyakan dari mereka yang kini berusia 70-90 masih mempunyai lebih dari 24 batang gigi asli (manusia mempunyai 32 batang gigi asli)

4. Menghilangkan nafas berbau
Bagi anda yang gemar minum kopi, nafas berbau adalah satu masalah bukan? Menurut kajian Universiti British Columbia, green tea mempunyai anti bacteria yang mampu membunuh kuman yang menyebabkan nafas berbau. Dalam salah satu ujian yang dijalankan, green tea telah mengalahkan mint dan gula gula getah dalam membasmi kuman.

Pendapat dan pengalaman wawa yang dah amalkan green tea nak dekat 10 tahun.
- setakat nie Alhamdullilah, tak ada side effect kesan sampingan pun.
- senang nak maintain perut, wawa memang lepas makan heavy terutama kalau benda berminyak macam sate atau benda bergoreng wawa mesti minum satu cawan green tea panas, mungkin sebab nie la dia tolong tingkatkan metabolisma wawa dan yang bestnyer, dia hilangkan after taste benda berminyak, mulut dah tak rasa berminyak , rasa macam segar je, bagus untuk pengemar dessert sebab lepas minum green tea nie dia kurangkan perasaan nak makan benda manis.
- setakat nie, satu batang gigi wawa pun tak pernah tampal (Alhamdullilah), dan wawa pun memang jarang jarang sangat dapat ulcer, mungkin sebab green tea nie kot๐Ÿ˜
- kalau bab kulit ni pula, sebab wawa dalam awal 20an, kulit wawa kering okie je tapi tak nampak lagi lah kesan green tea nie sebab usia wawa nie dan setakat nie tak ada kedut atau apa apa masalah kulit.

Woah, banyakkan khaisat green tea. Apa lagi, cubalah! Tak rugi nak try nie. Mula mula tu memang rasa tawaat macam plain je..tapi lelama pasti melekat! Kalau rase tawar sangat, cuba tambah lemon atau madu ! Selamat mencuba! Sharekan pengalaman green tea anda and kalau ada sesiapa yang tau kat mane ade jual green tea dish yang sedap, share dengan wawa ye!


Next : Yummy!! Teh hijau dalam makanan!