Friday 13 November 2015

Akai Ito - tali merah pengikat takdir



Assalamualaikum😊,




Wawa nak tulis pasal satu kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina. Ini hanyalah sekadar perkongsian, sekadar untuk pengetahuan kita tentang masyarakat lain.

Wawa dari kecil memang minat tengok drama jepun sebab wawa rasa drama jepun nie selalu ada moral dalam cerita dia. Peminat J-pop tentu tahu mengenai Akai Ito ! Wawa memang berminat pasal kebudayaan masyarakat Asia, jadi wawa pun search pasal Akai Ito nie kerana kedengaran agak menarik dan deep..hehe

Drama jepun mengenai akai ito ( boleh try tengok kalau berminat)


Akai Ito dalam english bermaksud red string of fate. So, kalo translate maksud dia tali merah penentu takdir. Kiranya penentu jodoh laa.. Macam umat Islam, kita pun percaya yang jodoh kte sudah ditakdirkan oleh tuhan. Bagi bangsa Jepun dan Cina, mereka percaya bahawa ada tali merah yang berhubung antara pasangan.

Sebenarnya Akai Ito nie adalah lagenda dari Cina, mereka percaya yang ada tali merah yang tidak kelihatan diikat di pergelangan kaki si lelaki dan perempuan. Terdapat sebuah cerita dongeng yang terkenal mengenai akai ito ini. Seorang dewa jodoh telah turun ke bumi dan ternampak seorang budak lelaki. Dewa memberitahu budak itu bahawa gadis didepannya itu adalah takdir jodohnya. Budak itu marah kerana ridak menyukai gadis itu, lalu mencampak batu ke arah gadis itu dan berlari pulang. 20 tahun kemudian, lelaki itu berkahwin secara arrange marriage dan ketika bertemu isterinya buat pertama kali , si lelaki perasan yang isterinya memakai penutup mata dan bertanya isterinya . Si isteri menjawab, bahawa ketika dia masih kecil, ada budak lelaki membaling batu kearahnya dan menyebabkan parut di keningnya. Kemudian baru lah lelaki kemudian teringat peristiwa 20 tahun yang lalu, dan sedar bahawa budak perempuan dahulu adalah isterinya kini.😮😮😮



Bagi versi Jepun  pula, tali merah yang tidak kelihatan terikat di jari kelingking si teruna dan si dara. Tali itu tidak akan putus walaupun tersimpul ketat.






Macam orang melayu kita juga... Kalau pasangan kita bukan jodoh kita, maka pasti ada endingnya. kalau dah jodoh tak kemana!

Romantik kan? Tapi wawa nak bagitau sekali lagi yang ini adalah mitos dan kepercayaan masyarakat jepun dan cina. Bacaan ini adalah untuk pengetahuan sahaja. 


Walaupun anda tengah single sekarang, wawa percaya semua orang tetap ada jodohnya, cuma lambat atau cepat sahaja. Berdoa kepada Allah diminta cepatkan jodohnya dan wawa juga berdoa kepada anda yang menanti jodoh agar dipermudahkan dan dipercepatkan jodohnya. AMIN!




No comments:

Post a Comment