Yea! Anda nak pergi bercuti? Nak naik flight? Bestnya!! Tapi satu je masalah, banyak sangat benda nak bawa, tak muat beg la...
"Nak pergi jalan seminggu, baju kena bawa atleast 10 helai, kasut lagi , make up lagi, alamak, banyaknya....dah la aku tak ambik check in bag, semua hand carry. Tooooolooong!!"
Jangan risau, wawa pun biasa ada problem nie. Kadang kadang nak balik kampung pun susah wawa nak pack beg, semua nak bawa. Boleh je bawa semua nie, tapi kena follow tips tips nie.
Tips pengemasan beg
Tips 1 : fikirkan baju yang ingin anda pakai sepanjang percutian.
Sebelum pergi cuti, anda kena fikirkan dulu gaya pakaian anda mengikut Aktiviti percutian.
" aku nanti pergi bali, hari pertama aku nak pergi pantai, nak pakai baju swimming dengan topi dan pakai selipar la.. Hari kedua pulak, pergi sight seeing, nak kena banyak jalan nie, kena pakai kasut sukan dan baju lawa sikit la sebab mesti banyak ambik gambar" .
Ini yang anda perlu fikirkan sebelum percutian. Dapatkan idea dan cuba meminimunkan pengunaan pakaian.
Tips 2 : gulung baju anda, jangan lipat !
Baju renyuk, ada tanda lipatan menjadi satu isu yang saya gerenti anda semua pernah alami. Jadi saya sarankan anda gulung baju itu. Bukan saja gulung baju nie untuk menghindarkan kedut, tetapi ia juga satu tips untuk menjimatkan ruang dalam beg!
Tips 3 : kasut, masalah utama pemakan ruang !
"Nak bawak kasut mana eh? Kasut nie selesa tapi tak sesuai dengan baju, kasut ni pula cantik, tapi sakit la bila pakai, bawa dua dua la" Kasut nie pelengkap aksesori, dan bagi wawa kasut ni adalah aset terpenting ketika bercuti, kalau pakai kasut tak selesa, kaki sakit sebab asyik berjalan, holiday jadi tak best.
Apa yang wawa saran kan, bawa kasut sukan, sandal santai dan satu kasut formal ( depend pada lokasi percutian). Pastikan kasut ni semua mempunyai warna yang sesuai digandingan dengan banyak baju, paling senang warna hitam, semua pun boleh ngam. Kasut sukan untuk hari yang diperlukan untuk anda banyak berjalan, sandal untuk and bersantai terutama elok dipakai di waktu malam ketika bersiar siar berdekatan hotel dan kasut formal bagi event formal ataupun mungkin boleh dipakai jika anda hendak bershopping di mall.
"Ee, nak letak kasut dalam bag...kotor laaa" haaa... Wawa ada solution senang, selalunya ramai guna beg plastik je, tapi wawa guna shower cap sebab shower cap dia boleh kurangkan pengunaan ruang . Jadi, lain kali kalo pergi hotel, simpan shower cap dia, ada guna untuk next trip 😉
Tips 4 : aksesori
Bagi wanita, aksesori nie penting untuk pelengkap gaya. Kalau pergi ke tempat panas, sunglass atau rayban ni penting, tapi anda di digalakkan membawa hanya satu atau dua sahaja, pilih la yang sesuai dengan pakaian anda. Bagi wanita yang gemarkan rantai, subang atau cincin, boleh diletak dalam tablet simpanan ubat ataupun bagi rantai yang besar, boleh diletakkan dalam stoking dan gulungkan ke dalam kasut.
Tips 5 : bahan cecair
Macam wawa, wawa tak gemar mengunakan shampoo hotel, wawa gemar membawa sendiri dan selalunya wawa bila nak bercuti selalu beli shampoo dalam size botol kecil dan kalau travel dalam malaysia, wawa gemar membeli di tempat percutian sahaja, lagi berbaloi kalau dapat di kongsi bersama rakan, beli disana habis guna pun disana, kan senang!
Kalau barang make up wawa macam foundation, sun block , lotion, wawa ada taktik wawa sendiri.
Kalau foundation atau bb cream, kadang kadang tu botol dia kaca dan berat pula, wawa ambik bekas letak contact lens tu dan isi sikit dalm tu.
Kalau lotion atau sunblock,selalu botol dia kan besar, susah nak bawa, wawa ambik straw dan isi straw dengan quantiti sekali guna dan wawa ambik pita prlakat dan tampal disetiap hujung. Sekali guna terus boleh buang dan save ruang!
Tips 6: Charger dan Earphone
Wawa selalu geram kalau dua dua benda nie asyik berbelit je. Apa wawa buat, wawa sekali kan semua wayar nie dan gulung elok elok dan letak dalam kotak sunglass. Sesuai untuk diletak dalam handbag. Nak cari untuk digunakan pun senang.
Tips yang Wawa rekemen berdasarkan pengalaman !
1. Ambil gambar passport dan visa dan letakkan dalam phone, mana la tahu ada nasib malang, atleast ada back up !
2. Kalau nak naik flight yang memakan masa lebih dari 6 jam, wawa sarankan pergi berjogging sehari sebelum untuk prevent jet leg.
3. Bahagikan duit and dan jangan letakkan disatu tempat sahaja, dan makesure tulis tempatnya didalam phone, nanti lupa pulak kan..
4. Wawa sarankan, beli baju hujan pakai buang ( wawa beli di 7-eleven), sebab senang nak jalan dari guna payung.
5. Kalau keluar negara, make sure check atau google dulu adat resam dan pantang larang disana.
6. Wawa jenis suka bergambar, dan kalau wawa melancong, sebelum wawa kesana wawa akan google dahulu tempat yang wawa akan lawat dan tulis google (contoh : delhi taj mahal picture idea) search, nanti akan keluar banyak pose atau selfie menarik yang boleh kita tiru..hehe, boleh share dekat instagram dan dapat banyak like 😂
7. Kalau ke oversea, kadang kadang plug dia lain bentuk dan kalau anda gunakan charger jenis usb, dan hotel tu mempunya tv flat screen, cari ditepi tv tu, sure ada penyambung usb.
Kalau anda ada idea yang menarik untuk dikongsikan, jom share !
Selamat bercuti dan yang paling penting selamat mengemas bag!! 😆
#gambar adalah dari google search
No comments:
Post a Comment